Hak
Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama
manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling
bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus
Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan
pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi
itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan
perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.
PENAFSIRAN
MODEN
Terdapat
tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan
Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam
kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas
kepada hak-hak berikut:
- Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik
- Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi.
Konsep
kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap
ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang
bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan
pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun
moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam
perdebatan berkenaan hak asasi manusia.
Tafsiran
Setiausaha Agung
Hak
asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama
manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling
bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak
asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.
Perbezaan
Model kognitif Dalam Konsep Hak Asasi Manusia
Hak
asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan
negara-negara merdeka di dunia.
Kumpulan
lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European
Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi
dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang
terhadap negara anggota Komuniti Eropah.
Sementara
itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak
Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih
mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi
manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab
tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah
tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta
kebajikan ummah.
Bagi
tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam
keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara.
Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza
dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.
Perbezaan
dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara
hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang
mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu
pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan
hak ramai daripada hak individu.
Oleh: Inspektor Hamzah bin Ariffin
Sumber: http://hak-hak-asasi-manusia.blogspot.my/
Hak Asasi Manusia adalah hak bagi manusia
ReplyDelete