Wednesday, December 2, 2015

Agenda Jahiliah/ Kita Perang Kita Menang - BUNKFACE! (Sam)


Penerangan berkenaan video di atas:

Terdapat berbualan antara seorang pemuda dengan seorang kanak-kanak.

Pemuda : Kenapa kamu duduk di sini?
Kanak-Kanak : Bashar Al-Asaad membunuh kami. Dia merompak kita, Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita duduk di sini. Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita mengisi air di sini, Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita tidak berbuat apa-apa untuk dipersalahkan. Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita minum di sini

Pemuda : Kenapa kamu menangis?
Kanak-kanak : Kerana dia merompak kita. Dia memusnahkan rumah kami. Kita tidak mempunyai apa-apa. Saya bersumpah kepada Tuhan.

Pemuda : Dia memusnahkan rumah kamu?
Kanak-kanak :Kita tidak mempunyai apa-apa. Kami di sini untuk minum air. Kami menunggu dua orang untuk tinggal bersama mereka. Kita berjaga pada waktu malam dengan mereka. Saya  bersumpah kepada Tuhan, dia tidak memberikan kami tinggal walaupun satu minit di rumah kami. dia Bashar Al-Assad. Allah Maha Besar dan Allah Maha Besar.

Lirik Lagu Agenda Jahiliah/Kita Perang Kita Menang - Bunkface

Seorang pemuda miskin hilang,
Tiada Pencarian,
Seorang anak muda kaya hilang,
Beribu pencarian,

Dulu kau berani,
Tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,

Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,

Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,

Mereka dipilih atas nama,
Yang hanya berkuasa,
Dunia hitam menjadi rebutan,
Agenda Jahiliah,

Dulu kau berani,
Tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,

Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,

Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,

Semakin ku tentang,
Semakin ku rasakan,
Kemahuan mu dalam diam,

Mereka cuma mahukan dunia,
Kuasa memberi segala-segalanya,
Bagi mereka,
Dunia pemberi makna,

Kini semua hilang berubah,
Apa yang tinggal hanya sengsara,
Mereka tak akan menggalah,
Namun aku tak akan mendiam,
Kita akan bangkit semula,
Menentang di masa hadapan,

Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Dan kita menang,

Maksud Lagu.

Lagu ini berkisarkan tentang diskriminasi yang terjadi di antara orang miskin dan orang kaya. Dimana jika malang yang menimpa orang miskin tidak diendahkan manakala malang yang menimpa golongan yang mempunyai nama dan pangkat segeran dibantu. Jika dilihat dalam perbualan pada permulaan lagu, kanak-kanak tersebut mahu mengisi air untuk minum namun dia tidak diberikan kebenaran.
Persoalan yang ditimbulkan oleh kanak-kanak iaitu “Apakah yang kita lakukan kepadanya?: diulang sebanyak empat kali menyebabkan timbul rasa pertanyaan apakah sebenarnya kesalah yang telah dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

Kezaliman dengan pencerobohan dan kemusnahan rumah-rumah penduduk di situ menyebabkan mereka tiada apa-apa untuk diberikan. Kanak-kanak tersebut juga tidak dibenarkan tidur pada malam hari dan terpaksa berjaga dengan menghalang mereka untuk tinggal dirumah mereka sendiri. Melalui lirik lagu yang dinyanyikan oleh Bunkface dilihat dunia menjadi rebutan oleh manusia yang mempunyai kuasa sedangkan orang yang tidak mempunyai autoriti cuma mahu menjadikan tempat persinggahan perlindungan.

Namun, mereka yang tidak mempunyai kuasa ini bangkit menentang kezaliman melalui suara yang dilaungkan dan didengari oleh masyarakat dunia yang lain tentang kezaliman yang dirasai. Mereka tidak akan mengalah, berdiam diri dan akan bangkit menentang kezaliman pada masa hadapan melalui perang sehingga mendapatkan kemenangan.



Kezaliman ini telah mencabuli hak asasi manusia yang menuntu hak yang sama sesama manusia. Setiap individu masih mempunyai hak yang sama walaupun terdapat perbezaan dari segi kuasa, pangkat dan harta. Hak mereka sepatutnya dituntut dan diperjuangkan. Tidak salah jika mereka menuntut hak sebagai penghuni sementara di dunia ini untuk mendapatkan kebebasan. Kuasa tidak melambangkan sama ada individu mempunyai hak atau tidak. Kuasa hanya melambangkan penguasaan sesuatu bukannua penguasaan yang terpaksa menghalang seseorang untuk mendapatkan hak individu.

Sumber: https://azrihakam.wordpress.com

1 comment:

  1. Semoga Allah merahmati serta membela nasib mereka yang kurang bernasib baik ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...